BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Perkukuh Campuran Tenaga Negara Mendepani Cabaran Cuaca Ekstrem - Fadillah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,124
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,124
Reaction score
346
Points
141
e8bbae8cab7fe9451c6676a3a7f8686769db5b56abdb7

6d9df320dcca42b6262fdda121d77e3c69db5bef340ea

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) yang juga Menteri Peralihan,Tenaga dan Transformasi Air melawat Batang Ai HEP sempena program PETRA Skuad Zon Sarawak di Lubok Antu.

-- fotoBERNAMA (2026) HAKCIPTA TERPELIHARA


Kerajaan akan mempergiat usaha memperkukuh campuran tenaga negara bagi memastikan keterjaminan bekalan elektrik dalam berdepan cabaran perubahan cuaca ekstrem yang kini mula memberi kesan kepada sumber sedia ada, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata langkah itu penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada satu sumber tenaga sahaja, terutamanya hidroelektrik yang kapasiti penjanaannya amat bergantung kepada faktor taburan hujan.

Beliau berkata fenomena cuaca tidak menentu boleh menyebabkan paras air di empangan menyusut, sekali gus berisiko menjejaskan kestabilan bekalan tenaga jika tiada sumber alternatif kukuh.

“Kita tidak boleh bergantung dengan satu sumber sahaja sama ada air atau gas, sebaliknya kita kena kembangkan lagi sektor lain seperti biofuel, biomass serta tenaga suria dan angin.

“Cabaran pada masa akan datang ialah perubahan cuaca ekstrem. Misalnya hari ini kita melihat tasik di sini (Batang Ai) agak kurang air disebabkan sudah lama tidak hujan dan ini mungkin boleh menjejaskan bekalan daripada hidro kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat projek solar terapung hibrid di Empangan Hidroelektrik Batang Ai sempena program Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Skuad Zon Sarawak 2026 di sini, hari ini.

Mengulas mengenai projek tersebut, Fadillah berkata pembangunan solar terapung berkapasiti 50 megawatt (MW) itu merupakan langkah strategik untuk mengimbangi penjanaan tenaga di Sarawak, selain berfungsi sebagai mekanisme sokongan kepada grid sedia ada.

Beliau berkata integrasi teknologi hidro dan solar itu bukan sahaja meningkatkan kecekapan penggunaan sumber tenaga boleh baharu malah memperkukuh daya tahan negara dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran tenaga global serta peningkatan permintaan daripada industri berteknologi tinggi.

“Masa depan negara bergantung kepada siapa yang dapat menguasai dan mengeluarkan sumber tenaga sendiri. Dengan adanya kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan syarikat utiliti seperti Sarawak Energy (SEB), kita mampu bersaing pada masa akan datang,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register