BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sabah Berhadapan Cabaran Bekalan Tenaga - TPM Fadillah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
1117f62af18104a65286b83a2cd5b02f69d1347c402e2

4fd4784dc7799d4f55dbbbf40073b38b69d134850595f

fb Fadillah Yusof

Sabah akan berhadapan cabaran besar dalam memastikan kestabilan bekalan tenaga berikutan kebergantungan tinggi kepada diesel untuk penjanaan kuasa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata kenaikan harga diesel serta kekangan bekalan pada peringkat global, dijangka memberi tekanan kepada keupayaan penjanaan tenaga negeri itu, sekali gus boleh menjejaskan keperluan domestik, industri dan perniagaan.

“Ini yang perlu kerajaan beri tumpuan, bagaimana untuk membantu Sabah mendapatkan bekalan yang mencukupi. Penjanaan kuasa amat penting bukan sahaja untuk kegunaan harian rakyat, tetapi juga bagi memastikan sektor ekonomi terus berkembang dan beroperasi dengan lancar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Kampung Samariang Batu di sini, hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata di Semenanjung, penjanaan tenaga banyak bergantung kepada gas yang merangkumi lebih 30 peratus, selain arang batu yang bekalannya dilihat lebih stabil, namun jaminan bekalan gas terus menjadi keutamaan.

Beliau berkata Sarawak pula berada dalam kedudukan lebih stabil hasil peralihan awal kepada sumber tenaga hijau, khususnya hidro yang menyumbang kira-kira 60 peratus kepada penjanaan elektrik negeri itu, selain penggunaan tenaga solar dan sumber lain yang mengurangkan kebergantungan kepada bahan api berasaskan minyak.

Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut, Fadillah berkata kerajaan akan mengambil langkah proaktif bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara, susulan potensi kenaikan kos hidup akibat ketidaktentuan bekalan tenaga global.

“Langkah itu termasuk pemantauan rapi melalui mesyuarat berkala melibatkan kerajaan Persekutuan dan negeri, bagi menyelaras tindakan dalam menangani sebarang kesan daripada konflik yang berlarutan di Asia Barat.

“Antara kesan yang dijangka ialah peningkatan kos logistik berikutan harga minyak yang semakin tinggi, sekali gus boleh menyebabkan harga barangan terutama import meningkat sekiranya situasi berterusan dalam tempoh tiga hingga enam bulan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register