kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,699
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,699
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Malaysia Usaha Jamin Bekalan Tenaga Hingga Disember Susulan Krisis Global - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof ketika berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Rebat Solar Sustainable Rebate & Incentive Assistance (SuRIA) Home dan Perhimpunan Bulanan (PETRA) bagi Bulan Mei 2026 di Menara (PETRA) hari ini.
Malaysia sedang berusaha memastikan keterjaminan bekalan tenaga negara terus terpelihara hingga Disember ini susulan krisis bekalan global yang menjejaskan rantaian ekonomi dan meningkatkan kos tenaga.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata setakat ini, bekalan tenaga negara dijangka mencukupi hingga Julai, manakala usaha sedang dipergiatkan termasuk mendapat sumber bekalan tambahan dari luar negara.
“Kalau setakat ini, insya-Allah keterjaminan bekalan tenaga kita hingga bulan Julai. Petronas sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan semua bekalan, walaupun terpaksa pergi ke Afrika sekali pun.
"Kalau semuanya (bekalan) dapat dikumpulkan, insya-Allah kita akan dapat keterjaminan bekalan tenaga hingga Disember," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan PETRA di sini hari ini.
Beliau berkata krisis tenaga global ketika ini memberikan kesan kepada keseluruhan rantaian ekonomi, khususnya sektor logistik yang menyaksikan peningkatan kos sebelum akhirnya memberikan impak kepada harga barang dan keterjaminan bekalan.
Fadillah berkata kesan krisis itu turut dirasai sektor lain termasuk perubatan dan pembuatan berikutan kekurangan bahan mentah tertentu seperti plastik yang digunakan dalam pembungkusan dan pelbagai keperluan industri.
"Di Malaysia, kita masih mengambil mudah sebenarnya. Kita masih merasakan Malaysia ini seolah-olah tidak berdepan dengan krisis. Itulah kedudukan di Malaysia, tetapi sebenarnya ramai pihak bekerja untuk memastikan kita masih berada dalam keadaan selesa ini," katanya.
Sehubungan dengan itu, Fadillah berkata seluruh pihak perlu memainkan peranan dengan memastikan penjimatan penggunaan elektrik dan air bagi mengurangkan penggunaan tenaga.
"Apabila mengurangkan penggunaan tenaga, kita dapat memanjangkan tempoh bekalan tenaga kita dan akhirnya kita akan dapat keterjaminan dan tidak akan terkesan dengan krisis yang berlaku,” katanya.
Loading…
www.bernama.com