BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Krisis Tenaga Global : Hubungan Strategik Bantu Malaysia Tangani Isu Bekalan - MKN

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,711
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,711
Reaction score
97
Points
80
0a677af9e521ea6328f4ccb5ca9b706469dd15dad9560

92e365654bda0abe3f7096363f54345e69dd15f2eb996

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin hadir pada program Ruang Bicara bertajuk 'Mendepani Krisis Tenaga Global: Kesiapsiagaan dan Ketahanan Negara' di Wisma Bernama, malam ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kedudukan strategik Malaysia dalam rantaian pembuatan global serta hubungan diplomatik yang kukuh dengan pemain industri antarabangsa membolehkan negara ini menangani kesan krisis tenaga global dengan lebih berkesan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin berkata kelebihan itu memberi ruang dan peluang kepada Malaysia untuk mendapatkan sumber bahan api alternatif sekiranya keadaan mendesak.

Beliau berkata, sebagai contoh, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang mempunyai operasi di seluruh dunia boleh memanfaatkan rangkaian serta hubungan erat dengan pemain industri global bagi tujuan berkenaan.

“Kita terletak di kedudukan strategik dalam rantaian pembuatan dunia, jadi kita mempunyai hubungan dengan pemain-pemain penting. Petronas pula mempunyai operasi di seluruh dunia dan mereka boleh menggunakan hubungan tersebut untuk mendapatkan sumber bahan api,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Mendepani Krisis Tenaga Global: Kesiapsiagaan dan Ketahanan Negara’, malam ini.

Sementara itu, Raja Nurshirwan berkata jalinan hubungan diplomatik dua hala yang kukuh dengan negara luar turut membantu Malaysia dalam meredakan kesan gangguan rantaian bekalan global akibat krisis berkenaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa lawatan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese ke Malaysia yang dijadualkan Rabu ini antara lain akan membincangkan agenda berkaitan bekalan bahan api antara kedua-dua negara.

“Jadi kita mempunyai hubungan sebegini yang membolehkan kita menangani keadaan ini dengan lebih baik berbanding kebanyakan negara di dunia,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register