BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Umum Langkah Strategik Tangani Krisis Tenaga Global 6.30 Petang Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
4676231379da4641037f4d07f29e156169c510a8e367e

kredit: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat dalam satu siaran khas 6.30 petang ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, Anwar berkata pendekatan yang digariskan adalah tegas, terancang serta berpaksikan kepentingan rakyat dan ketahanan negara.

“Insya-Allah, saya akan menggariskan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, dengan pendekatan yang tegas, terancang dan berpaksikan kepentingan rakyat serta ketahanan negara,” katanya.

Pengumuman tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi saluran media televisyen tempatan termasuk Bernama TV dan RTM.

 
Back
Top
Log in Register