kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (berdiri) menjawab soalan ketika Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Selangor yang ke-15 Tahun 2026 di Dewan Negeri Selangor hari ini
Kerajaan Negeri Selangor akan mempelbagaikan usaha bagi memastikan kesan krisis tenaga global dapat ditangani secara berkesan demi kesejahteraan rakyat seiring dengan perkembangan semasa.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata untuk itu kerajaan negeri akan menumpukan beberapa aspek ekonomi dan sosial, khususnya bagi membantu rakyat serta industri menghadapi krisis tenaga global dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun akan datang.
Amirudin berkata aspek pertama adalah untuk menangani kesan-kesan peningkatan harga barang, kos sara hidup seterusnya membantu serta menyerap tekanan kepada kumpulan rentan.
“Aspek kedua ialah (membantu) mempertahankan industri dan kegiatan ekonomi yang mungkin terkesan secara langsung dan tidak langsung akibat daripada krisis itu.
“Yang ketiga, meneroka peluang-peluang baru supaya kerajaan negeri mempunyai daya tahan pada masa hadapan. Ini agar apabila berlaku semula krisis seperti ini kita mampu untuk menyerap kesannya seperti dengan penerokaan tenaga baharu atau penggunaan kenderaan awam,” katanya.
Beliau menjawab soalan lisan Michelle Ng Mei Sze (PH-Subang Jaya) yang ingin tahu kesan peperangan di Asia Barat kepada Selangor khususnya dari segi pembelanjaan dan projek-projek kerajaan serta kelangsungan makanan.
Bagi aspek keempat, Amirudin berkata kerajaan negeri akan meningkatkan komunikasi dengan masyarakat supaya mereka faham krisis tenaga ini akan memberikan kesan pendek dan panjang kepada negeri, khususnya dari segi kutipan hasil.
“(Kita jangka) berlaku pengurangan lebih kurang hampir RM100 juta hasil negeri yang dicatatkan tahun ini daripada tempoh yang sama pada tahun 2025.
“Kerajaan negeri akan meneliti dengan terperinci perkembangan ini supaya kita dapat melihat kembali apakah hasil dan keupayaan negeri mampu dioptimumkan sehingga kita mampu mencapai sasaran (unjuran hasil negeri) RM2.8 bilion seperti dibentangkan dalam belanjawan,” katanya.
Selangor Pelbagaikan Usaha Depani Krisis Tenaga Global - Amirudin
DUN Selangor, Amirudin Shari, usaha, krisis tenag