combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kekuatan sesebuah negara dalam mendepani krisis dan pergolakan global bukan sahaja bergantung kepada dasar strategik serta polisi ekonomi yang mapan, malah perpaduan rakyat yang teguh turut menjadi benteng utama negara, demikian menurut penganalisis.
Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi berkata negara yang bersatu lebih sukar digugat oleh tekanan geopolitik, selain lebih tenang menghadapi inflasi, cekap mengurus krisis serta diyakini pelabur dan masyarakat antarabangsa.
Beliau berkata dalam konteks Malaysia, perpaduan rakyat adalah elemen teras keselamatan negara dan keupayaan mengurus impak krisis pula bergantung kepada keberkesanan mengendalikan kepercayaan rakyat, bantuan sosial, disiplin awam serta komunikasi dasar, selain aspek ekonomi.
“(Ketika krisis dunia) Apabila harga naik, rantaian bekalan terganggu, pekerjaan tertekan dan sentimen pasaran melemah, negara yang masyarakatnya saling percaya, tidak mudah terhasut, dan masih yakin kepada institusi akan lebih mampu menyerap kejutan. Apabila rakyat tenang, ekonomi lebih mudah distabilkan.
“Apabila rakyat panik, marah tanpa arah, atau saling menyalahkan, kos krisis menjadi jauh lebih besar. Justeru perpaduan rakyat bukan slogan moral semata-mata, sebaliknya adalah modal strategik negara dan ia memang faktor utama,” katanya kepada Bernama.
Awang Azman yang juga Felo Kanan Akademi Kenegaraan Malaysia dan profesor sosiopolitik di Universiti Malaya berkata literasi geopolitik dalam kalangan rakyat amat penting bagi memastikan masyarakat memahami implikasi krisis global terhadap negara.
Beliau berkata kerajaan perlu menjelaskan bahawa konflik luar bukan sekadar berita antarabangsa, sebaliknya mempunyai kesan langsung terhadap kos sara hidup rakyat di Malaysia.
“Bank Negara Malaysia sendiri mengakui bahawa persepsi rakyat terhadap inflasi sering lebih tinggi daripada angka rasmi kerana rakyat menilai ekonomi melalui perbelanjaan harian mereka, maknanya jika jurang antara data rasmi dengan pengalaman hidup rakyat tidak selari, keresahan akan lebih mudah dieksploitasi,” katanya.
Perpaduan Rakyat Benteng Utama Malaysia Depani Krisis Global
Krisis tenaga global, perpaduan, konflik Asia Ba