combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,148
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,148
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kerajaan Teliti Penambahbaikan Pentadbiran Tanah GSA - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kerajaan sedang meneliti penambahbaikan mekanisme pentadbiran tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (GSA) 1960 termasuk cadangan mengehadkan pendaftaran pewaris kepada maksimum dua penama serta pelantikan seorang wakil tunggal bagi urusan pentadbiran.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dari segi keperluan generasi baharu, kerajaan mengambil maklum keperluan perumahan yang semakin meningkat dan sedang meneliti cadangan pembinaan lebih daripada satu unit rumah di atas lot kediaman tertakluk pada syarat, dasar perancangan serta kelulusan pihak berkuasa negeri dan tempatan.
“Kerajaan komited memastikan pindaan ini mengimbangi kepentingan peneroka, waris, generasi baharu Felda, kerajaan negeri serta keperluan pembangunan negara secara menyeluruh,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik menerusi portal rasmi Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) tentang status terkini pindaan Akta Tanah 1960 serta cadangan pindaan klausa hak pewarisan, rumah generasi kedua dan pemisahan tapak rumah–ladang Felda.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata setakat Mei lepas, sejumlah 109,104 daripada 112,638 atau 96.86 peratus peneroka telah menerima suratan hak milik di seluruh negara.
Beliau berkata kerajaan melalui Felda sentiasa bekerjasama rapat dengan kerajaan-kerajaan negeri, Pejabat Tanah dan Galian Negeri serta Pejabat Tanah Daerah bagi mempercepat proses pengeluaran geran hak milik kepada peneroka.
“Kerajaan komited untuk memastikan proses pengeluaran geran hak milik kepada peneroka Felda dapat diselesaikan secara berperingkat demi menjamin hak pemilikan tanah yang sah kepada peneroka serta generasi pewaris mereka,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata hingga Jun 2026, FELCRA Berhad telah melaksanakan proses pengeluaran suratan hak milik lot tapak rumah kepada peserta FELCRA di seluruh negara.
Berdasarkan rekod rasmi, katanya, terdapat 6,025 lot tapak rumah yang terlibat di bawah 43 projek FELCRA, dengan 4,274 lot telah berjaya menerima Suratan Hakmilik (geran lot tapak rumah).