BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Dua Lelaki Disyaki Pecah Masuk Klinik

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Tahan Dua Lelaki Disyaki Pecah Masuk Klinik​

09574af564b3815523451f062f1ec21367695fd8737d4


Polis menahan dua lelaki tempatan selepas disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah klinik di Seremban 2 di sini, pada 3 Ogos.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Yatim Osman berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an itu, ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sekitar Kajang, Selangor, semalam.

Beliau berkata kejadian itu disedari seorang pembantu klinik, yang mendapati premis berkenaan dipecah masuk dan berselerak, sebelum pemeriksaan mendapati beberapa barangan serta wang tunai hilang.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki memasuki premis kira-kira 4 pagi, dengan cara mengumpil pintu belakang klinik.

“Polis turut merampas beberapa helai pakaian, telefon bimbit, sebuah beg dan sebuah kereta Toyota Vios berwarna merah, yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yatim berkata kedua-dua lelaki itu mengaku terlibat dalam kejadian pecah masuk klinik tersebut, dengan seorang berperanan memecah masuk premis manakala rakannya menjadi pemandu, selain dipercayai mempunyai kaitan beberapa kes pecah masuk lain di sekitar Seremban dan kawasan berdekatan.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga Jumaat, untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register