BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Dua Lelaki Terlibat Kes Pecah Rumah Di Tiga Negeri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Polis Tahan Dua Lelaki Terlibat Kes Pecah Rumah Di Tiga Negeri​

d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Polis menahan dua lelaki tempatan dalam serbuan di Teluk Kemang di sini bagi membantu siasatan 12 kes pecah rumah di tiga negeri pada 3 Sept.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata suspek berusia 24 dan 34 tahun ditahan pada kira-kira 4 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

“Soal siasat mendapati mereka disyaki terbabit dalam empat kes pecah rumah di Negeri Sembilan, Kedah (tiga kes) dan Perak (lima kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Afiq berkata suspek pertama mempunyai 54 rekod jenayah lampau dan dua kes dikehendaki polis manakala seorang lagi mempunyai 11 rekod jenayah lampau.

Polis juga merampas beberapa barangan dipercayai berkaitan kes antaranya beg, kad pengenalan, mata wang asing, batang joran, komputer riba, telefon bimbit dan sebuah kenderaan serta dadah dianggarkan seberat 6.8 gram.

Beliau berkata suspek direman hingga 9 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register