BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki ditemukan parah di tepi jalan, 4 rakan ditahan kerana cubaan bunuh

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
421301-421301.jpg


Lelaki ditemukan parah di tepi jalan, 4 rakan ditahan kerana cubaan bunuh


​Kajang: Empat ditahan susulan penemuan seorang lelaki tempatan dalam keadaan cedera parah dan berlumuran darah di tepi jalan Taman West Country, di sini semalam.


​"Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang menjalankan gerakan untuk mengesan suspek.

"Polis berjaya menahan empat suspek lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30-an di sekitar daerah ini malam semalam dan awal pagi hari ini.

​"Mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

​Menurutnya, kesemua suspek didapati mempunyai rekod jenayah dan dadah, serta direman empat hari bermula hari ini.

Katanya, ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati tiga daripada suspek terbabit negatif dadah manakala seorang positif metamfetamin.

​"Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan membawa senjata atau sesuatu yang boleh digunakan sebagai senjata.

​"Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan," katanya.

​Naazron berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan mengesan individu lain yang mungkin mempunyai kaitan dengan kejadian ini.

​Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Sharulhasram Ramli di talian 016-2530380 atau hubungi mana-mana balai polis terdekat.


Artikel Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register