BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Kes Jalur Gemilang Dipasang Terbalik, Lima Ditahan Di Johor

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,712
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,712
Reaction score
97
Points
80

Tiga Kes Jalur Gemilang Dipasang Terbalik, Lima Ditahan Di Johor​

ca933d455f3116584f375fd094d1a0ae6a867456b3abe

Timbalan Ketua Polis Johor DCP Hoo Chuan Huat

Sebanyak tiga kes Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik dilaporkan di Johor dengan lima individu ditahan bagi membantu siasatan, setakat ini.

Timbalan Ketua Polis Johor DCP Hoo Chuan Huat berkata kes berkenaan berlaku di daerah Kulai, Pelangi Indah, di sini dan Iskandar Puteri.

Beliau berkata dua lelaki berumur 25 dan 43 tahun ditahan di Pelangi Indah, sementara seorang lelaki berumur 56 tahun ditahan di Iskandar Puteri serta seorang lelaki dan seorang wanita berusia 34 dan 48 tahun ditahan di Kulai.

"Siasatan masih dijalankan, sebaik lengkap kita akan rujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, Hoo menyeru semua pihak, khususnya pemilik premis supaya bertanggungjawab dan memastikan Jalur Gemilang dipasang dengan betul, terutama apabila arahan pemasangan bendera berkenaan diberikan kepada pekerja mereka, terutamanya warga asing.

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar pemasangan bendera Jalur Gemilang secara terbalik di negeri ini menerusi media sosial sebelum tindakan diambil pihak berkuasa.

Sebuah premis perindustrian di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) juga telah ditutup sementara selepas didapati memasang Jalur Gemilang secara terbalik.

 
Back
Top
Log in Register