BTC USD 78,086.3 Gold USD 4,392.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KTMB Tahan Lelaki Cuba Curi Kabel

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,220
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,220
Reaction score
346
Points
141
499903812c3f5a34a550dbbeb091141269a941f23c520

Kredit: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB)

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menahan seorang lelaki warga asing dipercayai cuba mencuri kabel berhampiran landasan kereta api di KM 37.478, sektor Telok Gadong-Teluk Pulai, semalam.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan suspek dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh anggota Polis Bantuan KTMB yang melakukan rondaan di kawasan panas kecurian kabel pada 6.45 petang.

“Apabila didekati, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan dan pemeriksaan menemukan beg kecil, sebilah pisau dan gunting dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah itu,” menurut kenyataan tersebut.

KTMB memaklumkan suspek dan barang bukti diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 7.20 malam.

Suspek ditahan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) kerana menceroboh dan merosakkan harta benda kereta api yang boleh didenda, penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“KTMB memandang serius sebarang pencerobohan atau cubaan mencuri kemudahan infrastruktur rel kerana perbuatan itu boleh menjejaskan keselamatan operasi tren dan perkhidmatan kepada penumpang,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di kawasan landasan diminta segera menghubungi Pusat Pengumpulan dan Penyaluran Maklumat Polis Bantuan KTMB menerusi talian 03-2263 1194 (24 jam) atau balai polis berhampiran.

 
Back
Top
Log in Register