BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Buru Individu Cuba Curi Kabel

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,487
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,487
Reaction score
321
Points
141
2bad32ccf865db04dee565ad27c9788d681d84416c01b

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof

Polis sedang mengesan beberapa individu yang terlibat dalam kes cubaan mencuri kabel di Sungai Lalang, Semenyih dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 2.08 petang tadi.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 9.30 pagi tadi dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menangkap suspek yang menggunakan pacuan empat roda dan motosikal.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga tujuh tahun penjara atau denda," katanya dalam kenyataan.

Naazron berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan A. Vaelmurgan di talian 019-6111660.

 
Back
Top
Log in Register