BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Orang Ramai Dinasihat Tidak Berpusu-pusu Tukar MyKad Baharu 17 Sept Ini

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Orang Ramai Dinasihat Tidak Berpusu-pusu Tukar MyKad Baharu 17 Sept Ini​

17651442f6655da53cb1976b444cec5f6aa8e86254f44

99f64a735fb34718aefc3d8f1f0e38eb6aa8e88157710

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan tajaan umrah kepada Nurul Arini Abdullah (tiga,kiri) dan ibu angkatnya Norini Basir (dua,kiri) ketika mengadakan program Ziarah Kasih di Kampung Bukit Tembok hari ini.

- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berpusu-pusu ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar MyKad kepada versi baharu apabila permohonan dibuka mulai 17 Sept ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penukaran MyKad baharu dilengkapi kira-kira 50 ciri keselamatan tambahan itu akan dilaksanakan secara berfasa manakala MyKad sedia ada masih sah digunakan untuk urusan harian.

“Cuma saya nak nasihatkan supaya tidak berpusu-pusu segera menggantikan (MyKad). Sekarang ini, jumlah MyKad yang telah dikeluarkan adalah 24 juta, purata pengeluaran MyKad sekarang sebulan ialah 180,000 ke 200,000,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni dan menyampaikan sumbangan tajaan umrah kepada Nurul Arini Abdullah, 19, dan ibunya, Norini Basir, 62, di sini hari.

Saifuddin Nasution berkata penukaran MyKad baharu tidak akan menjejaskan transaksi baki atau kelayakan subsidi rakyat yang dipautkan pada dokumen pengenalan diri berkenaan.

“Tidak timbul soal transaksi baki subsidi… rekod itu adalah berdasarkan pada MyKad lama,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin Nasution berkata JPN mengendalikan 13,000 hingga 15,000 kes kegagalan mendaftar kelahiran setiap tahun, angka yang disifatkannya masih tinggi walaupun negara telah lama mencapai kemerdekaan.

Beliau berkata kegagalan mendaftar kelahiran berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk kekangan maklumat, masalah sosial dan isu kekeluargaan yang akhirnya boleh menjejaskan masa depan anak-anak.

“Hakikatnya kita masih ada masalah dalam kalangan masyarakat yang tiada pengetahuan asas bahawa setiap kelahiran itu mesti didaftarkan dan ia masih lagi dianggap benda biasa.

“JPN mengendalikan antara 13,000 hingga 15,000 kes seperti ini yang tidak mendaftar kelahiran setahun. Jumlah ini dianggap tinggi ketika negara sudah lama merdeka,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register