BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerjasama Bersatu bantu PAS menang 43 kerusi Parlimen, kata Muhyiddin

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Kerjasama Bersatu bantu PAS menang 43 kerusi Parlimen, kata Muhyiddin​

08661e25-bersatu-pas-collage-230726-2.jpg

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata sokongan orang Melayu terhadap PN banyak dipacu oleh kerjasama PAS dan Bersatu yang menarik hampir 70% pengundi.

Presiden Bersatu itu berkata perkara itu dibuktikan apabila beberapa kawasan yang dimenangi PAS yang bertanding bawah PN menyaksikan peningkatan majoriti yang ketara berbanding pilihan raya sebelum ini.

Katanya, sokongan orang Melayu terhadap PN banyak dipacu oleh kerjasama PAS dan Bersatu, yang menurutnya menarik hampir 70% pengundi.

“Tidak pernah dalam sejarah PAS menang 43 kerusi. Majoriti yang dahulu 10,000 naik sehingga 30,000 atau 40,000.

“Dari mana datang majoriti itu kalau tidak daripada Bersatu,” katanya ketika berucap pada Program Ceramah Rapat Rakyat di Sikamat malam tadi.

Muhyiddin berkata penubuhan PN membuktikan sesebuah parti politik sukar bertahan tanpa kerjasama dengan rakan seperjuangan bagi membentuk gabungan yang lebih besar.

Menurutnya, sejarah politik negara menunjukkan banyak parti politik yang ditubuhkan tidak mampu bertahan lama apabila bergerak secara bersendirian.

“Kalau sebuah parti politik ada tetapi tidak mempunyai rakan-rakan seperjuangan lain untuk membentuk satu gagasan atau gabungan parti, dia tidak boleh lama,” katanya.

Pada PRU15, PN memenangi 74 kerusi Parlimen secara keseluruhan dengan PAS meraih kerusi terbanyak iaitu 43 dan Bersatu 31 kerusi. Bagaimanapun, krisis dalaman Bersatu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen parti itu dipecat dan digantung keahlian.
 
Back
Top
Log in Register