BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Di Maran

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Tiga Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Di Maran​

6af913a2cffb5ff6123709300125459d6a68356a825f5

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang

Tiga individu maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Besar Maran-Temerloh di Kampung Paya Pasir, Maran, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 6.02 pagi, sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Maran digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata kemalangan itu, membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian membabitkan seorang penumpang lelaki di dalam Perodua Alza, manakala dua lagi merupakan wanita yang menaiki Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata dua lagi individu yang turut berada di dalam Perodua Alza mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register