BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fahmi Teruskan Ziarah Kasih, Santuni Warga Emas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Fahmi Teruskan Ziarah Kasih, Santuni Warga Emas​

4270220566e5e0c3c472c7d4047c677d6a2d3680b2c4b

3bb50a7b95518186616a5c0ff14a3db76a2d35ef84387

e013905612c8d88565cb88e3324a643a6a2d35fd3fe5d

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyantuni keluarga Umi Kalsum Adam (dua, kanan) semasa lawatan Ziarah kasih di Kampung Kundangan Seberang.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini meneruskan program Ziarah Kasih dengan menyantuni dua warga emas yang berdepan masalah kesihatan di Seri Menanti di sini.

Beliau menziarahi Umi Kalsum Adam, 70, yang berdepan masalah saraf serta radang mulut kronik dan Hussin Tahir, 94, yang mengalami masalah saraf dan pendengaran, selain bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda.

Fahmi turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat.

Beliau berkata program Ziarah Kasih penting bagi membolehkan pemimpin melihat sendiri keadaan sebenar rakyat di peringkat akar umbi.

“Inisiatif ini penting seperti yang sering ditegaskan Perdana Menteri... menteri-menteri kena turun ke lapangan untuk lihat sendiri keadaan… bagaimana manfaat itu dapat sampai ke sasaran,” katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.

Fahmi berkata inisiatif berkenaan akan diteruskan melalui jaringan Komuniti MADANI bagi memperkukuh penyampaian bantuan serta mengenal pasti keperluan rakyat secara lebih dekat dan berkesan.

Dalam pada itu, Hussin yang juga bekas bilal meluahkan rasa terharu serta bersyukur atas kunjungan dan sumbangan yang dihulurkan kepadanya.

“Terima kasih kerana sudi datang sampai ke kampung… saya sangat terharu,” katanya.

Sementara itu, Fahmi meneruskan siri lawatan kerja strategik beliau dengan meluangkan masa di Kompleks Rakan Muda di sini bagi menyantuni lebih 350 peserta acara sukan di Karnival Pilah Sejahtera.

 
Back
Top
Log in Register