kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Taiso Pagi @ Bernama Pupuk Gaya Hidup Sihat, Tingkat Disiplin Warga Kerja
Warga kerja Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memulakan pagi Isnin dengan langkah yang lebih bertenaga menerusi senaman Taiso Pagi @ Bernama sebagai usaha membudayakan gaya hidup sihat di tempat kerja.
Warga kerja Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memulakan pagi Isnin dengan langkah yang lebih bertenaga menerusi senaman Taiso Pagi @ Bernama sebagai usaha membudayakan gaya hidup sihat di tempat kerja.
Program yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera itu bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan fizikal, tetapi juga memberikan ruang kepada warga kerja menyegarkan minda sebelum meneruskan tugasan harian yang padat.
Ketua Bahagian Hal Ehwal Korporat Bernama Mariati Mohd Arif berkata program yang diadakan pada setiap Isnin selama lima minit itu bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, kesegaran mental dan membina disiplin petugas organisasi berita berkenaan.
Beliau berkata penganjuran aktiviti ringkas itu adalah sebagai langkah proaktif agensi dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan warga kerja sentiasa diberi keutamaan di tengah-tengah kesibukan tugasan harian.
“Penganjuran inisiatif ini dijalankan selari dengan dua sambutan utama, iaitu Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang diraikan sepanjang September dan Hari Sukan Negara yang diadakan pada Oktober setiap tahun,” katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau mengajak seluruh warga kerja agensi berita berkenaan untuk hadir dan menyertai senaman itu bagi melahirkan warga kerja yang lebih sihat dan cergas.
Sementara itu, peserta program, wartawan penyiaran Bernama Radio Ahmad Yurry Ahmad Satiman berkata pergerakan senaman ringan itu berkesan memberikan motivasi dan semangat sebelum memulakan tugasan harian.
“Senaman ringkas ini walaupun sebentar, cukup untuk menyegarkan badan dan membantu mengurangkan tekanan. Apabila dilakukan beramai-ramai, aktiviti ini turut mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja,” katanya.
Bagi wartawan Meja Berita Jabatan Pengarang Aisha Hani Nor Azmir pula, senaman Taiso sangat sesuai bagi warga kerja yang banyak menghabiskan masa duduk di meja di pejabat.