BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Perkasa Usaha Penjagaan Kesihatan Pencegahan Ketika Menuju Negara Menua

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Perkasa Usaha Penjagaan Kesihatan Pencegahan Ketika Menuju Negara Menua​

8b030aaced477a5f1de37aced94742da6a8d8b2618996

kredit: Media Sosial

Amway Malaysia kini sedang memperkasakan usahanya untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan penjagaan pencegahan, pada ketika negara beralih ke arah  masyarakat menua.

Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei, Jason Leng berkata Amway Malaysia Healthspan Summit yang julung kali diadakan dengan kerjasama Persatuan Penuaan Sihat Malaysia (MHAS), menghimpunkan kira-kira 2,000 peserta dan pakar dari pelbagai bidang, merupakan sebahagian daripada inisiatifnya untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membina kehidupan yang lebih panjang dan sihat.

Beliau berkata sambutan yang menggalakkan terhadap sidang kemuncak itu, menunjukkan minat yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia untuk memahami jangka hayat sihat, serta melakukan perubahan gaya hidup yang mampan.

“Penjagaan kesihatan adalah lebih daripada sekadar apabila anda jatuh sakit atau berasa tidak sihat dan kemudiannya pergi ke klinik atau hospital. Kefahaman bahawa anda boleh mengambil tindakan pencegahan sebelum jatuh sakit, merupakan satu langkah besar ke hadapan bagi rakyat Malaysia,” katanya pada satu sidang media, di sini, baru-baru ini.

Jason berkata Amway Malaysia, juga telah melihat sambutan yang menggalakkan terhadap inisiatif saringan kesihatannya, dengan lebih 60,000 pas saringan kesihatan telah digunakan setakat ini, melepasi sasaran awal sebanyak 50,000.

Beliau berkata pencapaian itu menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin menerima penjagaan kesihatan pencegahan, dan inisiatif tersebut akan diteruskan melepasi sasaran awalnya.

Jason berkata pendekatan Amway bukanlah untuk menuntut perubahan gaya hidup yang drastik, sebaliknya untuk menggalakkan penambahbaikan yang kecil, beransur-ansur, dan konsisten dalam diet serta pemakanan yang boleh dikekalkan seumur hidup.

“Kami meminta perubahan dan pelarasan yang beransur-ansur, konsisten serta berskala kecil dalam diet, gaya hidup, dan pengambilan nutrisi anda, sesuatu yang boleh dikekalkan sepanjang hayat anda,” katanya.

Beliau berkata sokongan komuniti merupakan satu lagi elemen penting dalam membantu individu mengekalkan tabiat yang lebih sihat, kerana mengekalkan gaya hidup sihat boleh menjadi sukar jika hanya bergantung kepada disiplin peribadi.

 
Back
Top
Log in Register