BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Blackmores Saran Kesihatan Pencegahan Susulan Peningkatan Artiris, Tulang, Otot Dan Sendi Di Malaysia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Blackmores Saran Kesihatan Pencegahan Susulan Peningkatan Artiris, Tulang, Otot Dan Sendi Di Malaysia​

7809faf29f3546fa2796522322247a0f6a6470e582c6b

fbb524765d41fc8b6b7527a27d195caf6a64709b8dcf8

944c0a782dfe457a45821363ff474b336a64710777d8b

871000cf5d1c991b0655481a8d0b69456a6470b9b6b6c


Terdapat keperluan yang semakin meningkat untuk menggalakkan tindakan awal dan membina kesedaran yang lebih tinggi mengenai kesihatan pencegahan di Malaysia, berikutan masalah artritis (radang sendi), tulang, otot dan sendi yang menjadi semakin banyak dalam kalangan penduduk, menurut sebuah syarikat kesihatan antarabangsa.

Pengarah Urusan Kumpulan Blackmores Asia Andrew Fuary berkata ini menyebabkan menjadi suatu yang penting untuk mengambil langkah proaktif terhadap kesihatan peribadi dan bukannya menunggu sehingga timbulnya masalah kesihatan.

“Di Blackmores, kami percaya bahawa pengguna tidak seharusnya menunggu sehingga adanya masalah kesihatan, sebelum mereka mula mengambil berat tentang kesejahteraan diri.

“Pencegahan bermula dengan pilihan harian yang kita buat, sama ada dengan mengekalkan gaya hidup aktif mahupun sekadar menjaga diri dengan lebih baik,” katanya pada majlis pelancaran Karnival Jom!Fit di sini, hari ini.

Karnival anjuran Blackmores dengan kerjasama Caring Pharmacy, Karnival Jom!Fit menjadi platform berasaskan pengalaman, yang dibuat untuk mendidik orang ramai mengenai penjagaan pencegahan serta memperkasakan individu untuk mengambil lebih banyak tanggungjawab terhadap perjalanan kesihatan mereka sendiri.

Fuary berkata acara kesejahteraan tersebut menandakan satu pencapaian penting bagi Blackmores, memandangkan syarikat itu merealisasikan wawasan More Health, More Life pada ketika meraikan 50 tahun keberadaan jenama tersebut di Malaysia.

Beliau berkata program itu juga menampilkan Cabaran 500 Wellness Laps, satu inisiatif yang bertujuan untuk menggalakkan aktiviti fizikal melalui penglibatan komuniti.

“Cabaran 500 Wellness Laps mencerminkan kepercayaan yang sama. Ia bukan sekadar tentang mencapai sesuatu angka, tetapi bagi menyedari bahawa kesihatan yang lebih baik dibina selangkah demi selangkah. Setiap pusingan yang dilengkapkan sepanjang beberapa hari lepas, mewakili satu langkah positif ke arah gaya hidup yang lebih sihat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Blackmores Malaysia Chloe Meng berkata kerjasama dengan Caring Pharmacy diharap mampu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengambil langkah yang lebih aktif dalam menguruskan kesihatan mereka.

 
Back
Top
Log in Register