BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masyarakat mainkan peranan penting dalam usaha tangani ancaman radikalisasi belia

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

Masyarakat mainkan peranan penting dalam usaha tangani ancaman radikalisasi belia​

img_5059.jpg

Para peserta memenuhi auditorium Tampines Meridian Junior College bagi mengikuti SG CORE @ The Majulah Assembly 2026. (Gambar: Fatyn Abdul Samad)

SINGAPURA: Masyarakat awam memainkan peranan penting dalam menangani antara ancaman terbesar yang dihadapi Singapura kini iaitu radikalisasi dalam kalangan belia.

Oleh itu, usaha meningkatkan kesedaran dan kepekaan masyarakat tentang hal itu menjadi lebih genting kini.

IKLAN
Demikian tujuan Humanity Matters menganjurkan SG CORE @ The Majulah Assembly 2026 pada Sabtu (15 Ogos).

Acara yang diadakan di auditorium di Maktab Rendah Tampines Meridian itu menghimpunkan golongan ibu bapa, pendidik serta pemimpin masyarakat dan agama.

Ia turut dihadiri Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar, Zhulkarnain Abdul Rahim.

Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya peranan masyarakat awam untuk sama-sama memerangi ancaman radikalisasi belia.

“Menangani ancaman ini memerlukan usaha seluruh masyarakat. Pihak berkuasa telah menyekat akses kepada laman web pengganasan bagi mengurangkan pendedahan kepada kandungan ekstremis tetapi adalah mustahil untuk menyekat semua bahan berbahaya dalam talian. Kewaspadaan orang ramai dan ibu bapa amat penting,” kata Encik Zhulkarnain.
Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, menyampaikan ucapan penutup di SG CORE @ The Majulah Assembly 2026. (Gambar: Fatyn Abdul Samad)
INTERNET PERCEPATKAN PROSES RADIKALISASI BELIA


IKLAN
Bagi memberi gambaran tentang betapa serius ancaman tersebut, beliau berkongsi beberapa fakta dan trend.

Antaranya ialah jumlah kes melibatkan belia di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2022 hingga kini iaitu sebanyak 15 kes.

Jumlah itu hampir empat kali ganda berbanding empat kes antara 2017 dengan 2021.
Dalam tempoh dua tahun lalu sahaja, empat remaja berusia 14 tahun dikenakan perintah ISA, termasuk seorang yang ditahan.

Beliau menekankan bahawa proses radikalisasi kini berlaku dengan lebih pantas dengan adanya wadah dalam talian.

Menurut Encik Zhulkarnain, golongan belia kini mengambil masa purata kurang daripada lapan bulan untuk menjadi radikal, malah dalam beberapa kes, proses itu berlaku hanya dalam beberapa minggu.
Related:
Hanya dalam tiga bulan, 'Hamzah' jadi radikal sendiri dan mahu ke Syria
GABUNG CERAMAH, FILEM DAN DIALOG FAHAMI RADIKALISASI

IKLAN

Apabila proses radikalisasi boleh berlaku dalam beberapa minggu, usaha mendekati golongan muda tidak boleh menunggu sehingga tanda-tandanya jelas.

Hal itu dibincangkan secara lanjut dalam acara SG CORE @ The Majulah Assembly 2026.

Bagi menjadikan perbincangan lebih bermakna dan berkesan, para peserta disajikan dengan tayangan filem sebelum mendengar pandangan pakar dalam satu forum mengenai radikalisasi dalam golongan remaja.

Dekan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Dr Kumar Ramakrishna memulakan perbincangan dengan memberikan konteks mengenai ancaman radikalisasi termasuk mengetengahkan kes-kes sebenar di Singapura.

Ceramah itu kemudian disusuli tayangan filem dokumentari ‘Seeking the Imam’, arahan Dr Noor Huda Ismail.

IKLAN

Dokumentari terbitan 2020 itu mengupas radikalisasi siber dalam kalangan belia termasuk pengaruh propaganda ISIS dalam talian.

Isu itu kemudian dikupas dalam perbincangan bersama Dr Noor Huda, Professor Kumar dan pakar psikologi Dr Sheryl Chua dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), termasuk bagaimana ibu bapa dan masyarakat boleh lebih memahami golongan muda.

Menurut Penasihat Khas Humanity Matters, Hassan Ahmad, gabungan elemen filem dan forum menjadi antara cara untuk membawa isu kompleks itu lebih dekat kepada peserta.

“Isu radikalisasi belia merupakan isu yang kompleks dan tidak boleh difahami hanya dari satu perspektif. Filem membawa isu ke tahap yang lebih dekat dan menyentuh emosi, manakala forum pula membuka ruang untuk perbincangan dan refleksi dan juga pertukaran pandangan.” kongsi Encik Hassan.
Para panelis membincangkan isu radikalisasi belia. (Gambar: Fatyn Abdul Samad)
DARIPADA PERBINCANGAN KEPADA TINDAKAN

Acara selama tiga jam itu dihadiri 130 orang termasuk Pengerusi AMP, Fathurrahman Dawoed yang mengalu-alukan usaha sedemikian.
Menurutnya, perbincangan dalam ‘The Majulah Assembly’ itu turut memberi panduan tentang bagaimana pertubuhan masyarakat seperti AMP boleh mendampingi golongan muda dengan lebih berkesan.

“Ini memberikan kita perspektif dan juga pandangan yang lebih jelas. Ini satu pendekatan yang mungkin saya boleh bawa ke dalam organisasi saya. Kami boleh perkenalkan pendekatan ini kepada masyarakat yang berbilang lapisan, berbilang pelbagai latar belakang yang mungkin sesuai dengan mereka.” kongsi Encik Fathurrahman.

Program SG CORE (Cohesion & Resilience) yang dilancarkan pada 2021 merupakan inisiatif akar umbi yang berusaha untuk memperkasakan teras Singapura – semangat pelbagai budaya, bersama dengan rasa sosial dan keselamatan.
Related:
SG CORE bolehkan belia & anggota berseragam bincang isu keselamatan negara, kaum

 
Back
Top
Log in Register