BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kesetaraan Undang-undang Fizikal Dan Digital Penting Tangani Ancaman Dalam Talian - MCMC

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kesetaraan Undang-undang Fizikal Dan Digital Penting Tangani Ancaman Dalam Talian - MCMC​

5aad38fd1b9e8900f5d4dcaa16a112606a5f0e0747602

Derek John Fernandez.

Kesetaraan antara undang-undang yang mengawal selia dunia fizikal dan digital amat mustahak bagi menangani gelombang peningkatan ancaman dalam talian dengan lebih berkesan, khususnya yang menyasarkan kanak-kanak dan kumpulan rentan lain, kata Ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Derek John Fernandez.

Ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026 hari ini, beliau berkata walaupun sekatan umur yang ketat dikuatkuasakan secara meluas bagi aktiviti fizikal seperti menonton filem tertentu, perlindungan sama belum dilaksanakan secara konsisten dalam persekitaran digital, sekali gus membolehkan penjenayah mengeksploitasi kelemahan kerangka kawal selia.

“Jika kita melihat keseluruhan kerangka undang-undang dalam masyarakat kita, kita sentiasa menetapkan had umur apabila kita merasakan penting untuk memastikan golongan bawah umur belum mencapai tahap kematangan tertentu, malah bagi tujuan liabiliti jenayah. Namun, dalam dunia digital, terdapat perbezaan.

“Ia seolah-olah terdapat satu set undang-undang dalam dunia sebenar, yakni dunia fizikal, tetapi satu lagi set undang-undang dalam dunia digital. Ini menyebabkan perubahan besar yang memberikan keberanian kepada penjenayah untuk beralih ke dunia digital dan meningkatkan aktiviti jenayah hanya kerana mereka boleh kekal tanpa nama, undang-undang lebih longgar dan lebih mudah untuk mereka terlepas daripada tindakan,” katanya.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Komunikasi Datuk Seri Fadhmi Fadzil.

Fernandez berkata Malaysia telah memperkukuh kerangka kawal selianya menerusi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) 2025, serta pindaan terhadap Kanun Keseksaan, termasuk langkah mewajibkan platform mengesahkan identiti dan umur pengguna bagi melindungi golongan bawah umur dengan lebih berkesan.

Beliau berkata keselamatan dalam talian kini menjadi antara keutamaan kawal selia paling penting berikutan kemajuan pesat kecerdasan buatan (AI), media sosial dan teknologi digital yang mewujudkan peluang baharu bagi penipuan, fraud, buli siber, eksploitasi kanak-kanak dan pelbagai kemudaratan dalam talian lain.

Fernandez berkata MCMC menerima dua hingga tiga laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak setiap hari, dan melaksanakan kira-kira 1,700 tindakan menurunkan kandungan berbahaya dalam talian setiap hari.

Walaupun pengawal selia dan pemain industri mungkin mempunyai pandangan berbeza mengenai cara platform digital perlu ditadbir, beliau berkata sewajarnya tiada perbezaan pendapat mengenai keperluan asas untuk melindungi kanak-kanak.

 
Back
Top
Log in Register