BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MGNK Dijangka Peroleh Pensijilan ISO Seawal Akhir Tahun Ini

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

MGNK Dijangka Peroleh Pensijilan ISO Seawal Akhir Tahun Ini​

0d9a2b139237f90983097dd9b60f1d5b6a7d40819e996

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan

Makmal Geokimia Negeri Kelantan (MGNK) dalam proses akhir untuk mendapatkan pensijilan piawaian ISO, dengan pengiktirafan dijangka diperoleh pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pertengahan tahun depan, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan diberitahu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata makmal berkenaan akan terus diperkasakan sebagai pusat analisis mineral negeri bagi menyokong pembangunan industri mineral termasuk nadir bumi (REE).

“Usaha ini digerakkan secara berfokus oleh satu pasukan khas makmal MGNK di bawah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Kelantan yang dianggotai 15 tenaga kerja tempatan,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Shaari Mat Hussain (PAS-Paloh) yang ingin tahu perancangan kerajaan negeri untuk memanfaatkan MGNK sebagai pusat penyelidikan, pensijilan dan pembangunan teknologi REE pada persidangan berkenaan di sini hari ini.

Mohamed Fadzli berkata MGNK turut dilengkapi peralatan analisis canggih bagi menguji serta menganalisis sampel elemen REE.

Beliau berkata pemerkasaan fungsi MGNK penting bagi memastikan kawalan kualiti, analisis teknikal dan penentuan tahap ketulenan hasil mineral seperti emas, bijih besi, mangan, REE serta pelbagai mineral lain di Kelantan dapat dilaksanakan mengikut standard industri yang diiktiraf.

“Langkah ini sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekosistem rantaian nilai REE yang mampan. Bagi kesediaan modal insan, MGNK telah mempunyai tenaga pakar bertauliah yang merangkumi tiga pemegang lesen pegawai perlindungan sinaran, dua ahli kimia bertauliah dan seorang jurutera profesional dengan kepakaran teknikal khusus bagi menyokong pengoperasian makmal,” katanya.

Mohamed Fadzli berkata standard dan keupayaan MGNK juga mendapat pengiktirafan awal menerusi beberapa lawatan rasmi delegasi luar dan kedutaan antarabangsa termasuk dari Jepun, Perancis serta wakil Amerika Syarikat.

Beliau berkata hasil lawatan berkenaan mengesahkan bahawa MGNK memenuhi piawaian tinggi yang diperlukan untuk menganalisis sampel REE.

 
Back
Top
Log in Register