BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKPS Sasar Hantar Pulang 1,259 Kontena E-sisa Menjelang Akhir Tahun Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

AKPS Sasar Hantar Pulang 1,259 Kontena E-sisa Menjelang Akhir Tahun Ini​

fa99ea0bd4b759f30c87f4748d0added6a7ec88b1709e

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal ketika mengadakan sidang media di pekarangan Pejabat Kastam Pelabuhan Utara hari ini.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyasarkan keseluruhan 1,259 kontena sisa elektronik (e-sisa) haram dihantar pulang ke negara asal menjelang hujung tahun ini, dengan 255 kontena telah dikeluarkan setakat ini.

Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata tindakan itu dilaksanakan mengikut tiga fasa penguatkuasaan bersepadu membabitkan kira-kira 8,000 tan e-sisa yang ditahan sejak dua tahun lepas menerusi kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Beliau berkata tindakan pada fasa satu melibatkan 148 kontena dan kini sebahagian kontena bagi fasa kedua juga telah dihantar pulang.

“Setakat ini, kita telah mengeluarkan 255 kontena, meliputi sebahagian bagi fasa kedua yang menyasarkan penghantaran pulang 533 kontena sisa elektronik haram.

“Fasa ketiga iaitu fasa akhir akan bermula pada 1 Okt depan bagi mengeluarkan baki 578 kontena. Sasaran 1,259 kontena ini tertakluk kepada mana-mana kontena yang masih berada dalam siasatan,” katanya pada sidang media di perkarangan Bangunan JKDM Pelabuhan Utara, di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan berterusan mendapati tiada cubaan membawa masuk semula bahan larangan itu ke dalam negara, namun terdapat kes kontena yang dikesan berpatah balik dengan membawa barang dagangan lain berdasarkan semakan senarai pemeriksaan pihak berkuasa.

Mengulas mengenai aspek kawalan sempadan, Nik Ezanee berkata penilaian ke atas penggunaan mesin pengimbas di Pelabuhan Klang mendapati pengimbas itu masih kekal efisien untuk mengesan kemasukan dagangan tidak sah.

“Bagi saya mesin pengimbas amat efisien tetapi masih dikawal selia oleh manusia dan faktor kelemahan manusia itu tetap ada dalam mana-mana kawalan.

“Saya tidak menafikan ada kelemahan di sana sini, namun kita dari semasa ke semasa sentiasa melatih pegawai pengimbas untuk menjalankan tugas dengan baik dan sudah pasti kami (AKPS) tidak pernah berhenti menambah baik perkhidmatan kami,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register