BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKPS Sita Lima Kontena Sarat Sisa Elektronik 125 Tan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
7e2cc618c082f78265a80b39f0dc6d346979ab6666b21

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal (empat, kiri) melihat barangan sisa elektronik (e-waste) yang dibawa masuk ke dalam negara di tapak gudang CFS4, Pelabuhan Barat hari ini.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyita lima kontena sarat dengan sisa elektronik seberat lebih 125 tan menerusi siri pemeriksaan di Pelabuhan Barat di sini, Selasa lepas.

Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pemeriksaan pada 10.30 pagi itu mendapati kesemua kontena membawa pelbagai jenis buangan berjadual, yang dilarang dibawa masuk ke negara seperti kabel wayar dihancurkan serta sampah industri dan komersial.

“Siasatan awal mendapati kontena-kontena terbabit dibawa masuk ke negara ini menggunakan kaedah pengikraran palsu, iaitu dokumen yang dibekalkan tidak mencerminkan kandungan sebenar, bertujuan mengelirukan pihak berkuasa dan mengaburi proses pengesanan.

“Negara pengeksport bagi kontena terbabit telah dikenal pasti melibatkan Amerika Syarikat, Sepanyol, Korea Selatan dan Taiwan dengan sebahagian buangan diisytiharkan sebagai aluminium alloy post decoration, namun kandungan sebenar berbeza daripada pengikraran rasmi," katanya dalam sidang media di Tapak Gudang CFS 4, Pelabuhan Barat, di sini hari ini.

Beliau berkata perbuatan itu adalah satu kesalahan serius kerana ia bukan sahaja melibatkan pemalsuan dokumen dan penipuan, tetapi juga cubaan untuk mengelak duti kastam serta larangan import yang ditetapkan undang-undang negara.

Sehubungan itu, Nik Ezanee berkata kelima-lima kontena ditahan bagi tujuan siasatan lanjut dan tindakan penguatkuasaan termasuk peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 133 Akta Kastam 1967 serta Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Beliau berkata kejayaan itu hasil risikan berterusan AKPS dengan tujuan memastikan negara tidak menjadi destinasi pelupusan sisa elektronik dan industri yang menyalahi undang-undang, selain mengekalkan keselamatan biosekuriti dan kepentingan industri tempatan.

"Nilai rampasan masih belum dapat ditentukan kerana pihak berkuasa perlu menunggu keputusan analisis sampel daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum sebarang tindakan lanjut seperti menghantar semula kontena ke negara asal dibuat.

“Rampasan ini merupakan satu langkah penting untuk menghalang sebarang cubaan membawa masuk dagangan terlarang melalui pelabuhan utama negara dan ia menunjukkan keberkesanan kerjasama antara pasukan AKPS dengan pihak pengurusan pelabuhan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register