BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tindakan AKPS Sita Kontena Bawa Muatan Ke Israel Bukti Ketegasan Malaysia - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tindakan AKPS Sita Kontena Bawa Muatan Ke Israel Bukti Ketegasan Malaysia - PM Anwar​

2a0ab7ace82303effc8fc82f477281476a7720288b76c

Kredit : FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) atas tindakan pantas menyita sebuah kontena yang disyaki membawa muatan dagangan strategik untuk dieksport ke Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor semalam.

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata tindakan itu membuktikan ketegasan Malaysia dalam memastikan negara tidak menjadi laluan dagangan yang boleh menyokong atau menyumbang kepada kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

“Ia juga selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Kumpulan The Hague serta larangan yang telah berkuat kuasa sejak Disember 2023 terhadap kapal Israel dan kapal yang membawa muatan ke Israel daripada menggunakan pelabuhan negara,” kata beliau.

Anwar berkata Malaysia akan terus berpegang teguh kepada prinsip kemanusiaan, keadilan dan undang-undang antarabangsa dalam mempertahankan hak serta maruah rakyat Palestin.

Terdahulu, AKPS dalam kenyataan memaklumkan menahan serta memeriksa sebuah kontena di PTP semalam yang disyaki membawa dagangan untuk dieksport ke Israel.

Menurut agensi itu, penghantaran berkenaan disyaki tidak mematuhi Item No.15 Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023 yang memperuntukkan larangan pengeksportan barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel selaras dengan dasar dan ketetapan Kerajaan Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register