BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MB Kelantan Bawa Hasrat, Keperluan Rakyat Kepada PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MB Kelantan Bawa Hasrat, Keperluan Rakyat Kepada PM Anwar​

a7e31e49eb92d1f2f3f58133d9273be96aa291ef70250

kredit: FB Anwar Ibrahim

Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud membawa hasrat, keperluan dan kepentingan rakyat negeri itu dalam kunjungan hormat beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini di Putrajaya.

Mohd Nassuruddin berkata pertemuan berkenaan turut menjadi ruang penting untuk memperkukuh hubungan antara Kelantan dan Kerajaan Persekutuan, khususnya dalam menyelaraskan agenda pembangunan serta perkara berkaitan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

“Alhamdulillah, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesudian menerima kunjungan hormat saya bagi membawa hasrat, keperluan dan kepentingan rakyat Kelantan,” katanya menerusi hantaran di media sosial Facebook hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus meneroka dan memperkasakan sebarang ruang kerjasama yang mampu membawa kebaikan kepada Kelantan dengan semangat saling menghormati serta tanggungjawab bersama.

“Bagi kerajaan negeri, kepentingan rakyat mengatasi segala perbezaan. Apa jua ruang kerjasama yang mampu membawa kebaikan kepada Kelantan akan terus diteroka dan diperkasa dengan semangat saling menghormati serta tanggungjawab bersama,” katanya.

Mohd Nassuruddin berharap hubungan yang baik dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat terus membantu membawa Kelantan melangkah ke hadapan menuju Kelantan Maju, Rakyat Sejahtera.

 
Back
Top
Log in Register