BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Tidak Jual Minyak Sesuka Hati, Utamakan Keperluan Rakyat - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
c9c00f274a4e6360c9e6375f0dcde6d669e1e523abe66

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya hari ini.

Malaysia tidak menjual minyak kepada negara lain secara sewenang-wenangnya kerana keutamaan kerajaan adalah memastikan bekalan tenaga domestik mencukupi untuk kegunaan rakyat, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata perbincangan dengan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese semalam menyentuh mengenai keperluan sumber perdagangan dua hala yang bersifat saling melengkapi dan bukannya melibatkan penjualan minyak seperti didakwa pihak tertentu.

"Sebenarnya kita tak jual minyak. Kita kata kita perlu daripada dia, ini kadang-kadang kita kena faham. Kita perlu (bahan baja) fosfat daripada dia (Australia), dia pula perlu urea daripada kita," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata kerajaan juga tidak berupaya membekalkan diesel kepada pihak luar pada masa ini memandangkan bekalan sedia ada perlu diutamakan untuk kepentingan rakyat dalam negara.

"Ada minyak, kita kata kita boleh pertimbang sekiranya ada lebihan. Sekarang ini belum. Tetapi tohmahan itu lain. Jadi saya tidak fikir wajarlah begini rupa," katanya.

Semalam, Malaysia dan Australia menegaskan komitmen bersama untuk memastikan bekalan tenaga yang stabil dan berdaya tahan dalam mendepani ketidaktentuan global.

Anwar dan rakan sejawatnya Albanese yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Rabu, turut menekankan kepentingan aliran perdagangan terbuka dalam senario ketidaktentuan global bagi memperkukuh ekonomi kedua-dua negara.

 
Back
Top
Log in Register