BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKPS Tahan 11 Kontena Sisa Elektronik, Buangan Terjadual Di Pelabuhan Klang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e552f37cd4c8e6e9b0887464fabdd8f468848917640ac


Pasukan Petugas Bersama (JTF) E-sisa Pelabuhan Klang menahan 11 kontena berisi 242 tan sisa elektronik dan bahan buangan terjadual dalam Ops Green Shield ke-18, pagi tadi.

Timbalan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang Wan Fazli Wan Hamat berkata daripada jumlah itu, 10 kontena mengandungi 219 tan e-sisa manakala sebuah lagi berisi 23 tan bahan buangan terjadual kategori SW422.

“Kesemua kemasukan bahan buangan ini adalah dilarang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggarnya.

“Kontena yang ditahan akan ditempatkan di kawasan selamat sementara menunggu proses eksport semula mengikut prosedur ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Fazli berkata rampasan itu membuktikan kesungguhan pihak berkuasa untuk menghalang kemasukan sisa terlarang ke dalam negara dan AKPS akan terus memperketat kawalan di semua pintu masuk, termasuk pelabuhan utama bagi melindungi kedaulatan dan kepentingan negara.

Operasi bersepadu berkenaan mendapat kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), SIRIM serta Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

 
Back
Top
Log in Register