BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKPS Sekat Kemasukan Lebih 200 Tan e-Sisa, Bahan Buangan Terjadual

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
05dbe816ea062f69a26768040579bd316985ca7f342de

fb Kementerian Dalam Negeri - KDN

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menyekat kemasukan 201.3 tan sisa elektronik atau e-sisa serta Bahan Buangan Terjadual susulan pemeriksaan ke atas sembilan kontena di Pelabuhan Barat, Klang, di sini pagi tadi.

Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata daripada kesemua kontena berasal dari sebuah negara barat dan eropah itu, tujuh didapati tidak diikrar secara sah untuk kemasukan ke dalam negara selain kesemua kontena membawa dagangan yang tertakluk di bawah larangan import mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar.

“Pemeriksaan hari ini turut disertai oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

"Kemasukan bahan buangan terjadual adalah dilarang sama sekali menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kontena-kontena sisa elektronik ini akan ditempatkan di kawasan selamat, sementara menunggu notis dari JAS Pusat dan Selangor bagi tujuan penghantaran semula," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata mengikut pecahan, lima kontena sarat dengan sisa elektronik terpakai seperti unit pemprosesan pusat (CPU), pencetak dan mesin fotostat seberat lebih 98 tan.

Beliau berkata empat lagi kontena yang ditahan mengandungi sisa elektronik bercampur bahan buangan terjadual seperti regulator automotif hancur dan besi skrap seberat lebih 103 tan.

“AKPS akan meneruskan pemeriksaan ke atas kontena dagangan yang disyaki membawa sisa-sisa yang terlarang. AKPS akan terus memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memastikan kedaulatan sempadan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register