BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 5 Tan Sisa Buangan Dikutip Pada SMG Mega Mangrove Cleanup 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Lebih 5 Tan Sisa Buangan Dikutip Pada SMG Mega Mangrove Cleanup 2026​

615b35311b73130e0806a128595519646a65a952e97b5

c7954e7afe7d43aa879713344b2cd7276a65a910abb24

Sebahagian sukarelawan melakukan gotong royong mengutip sampah pada Program SMG Mega Mangrove Cleanup 2026 di Mangrove Point, Hutan Simpan Kekal Raja Lumu, Pelabuhan Klang hari ini.

Sebanyak 5.3 tan metrik sisa buangan berjaya dikumpulkan sukarelawan program Selangor Maritime Gateway (SMG) Mega Mangrove Cleanup 2026 yang berlangsung di Mangrove Point, Hutan Simpan Kekal Raja Lumu, di sini hari ini.

Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) Syaiful Azmen Nordin berkata ia sekali gus mencatat satu lagi pencapaian penting bagi anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor menerusi inisiatif SMG dalam usaha berterusan bagi pemuliharaan alam sekitar di negeri ini.

Beliau berkata program seumpama itu pernah dilaksanakan sebelum ini dengan LLSB berjaya mengutip 45.8 tan metrik sisa buangan menerusi 60 program pembersihan sejak 2023 hingga Januari tahun ini.

“Sisa buangan dikutip antaranya terdiri daripada botol plastik, beg plastik, botol kaca, tin aluminium serta bekas styrofoam. Sisa ini adalah sampah lama yang kebanyakannya dari hulu Sungai Klang serta terperangkap apabila air surut,” katanya kepada pemberita selepas program itu di sini hari ini.

Program berkenaan disempurnakan Tengku Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan dihadiri Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Datuk Izham Hashim.

Sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan ekosistem, peserta program turut menanam 1,000 anak pokok bakau di kawasan pemuliharaan itu.

Bertemakan Restoring Ecosystems, Renewing Futures, beliau berkata program berkenaan merupakan inisiatif pemuliharaan hutan paya bakau berskala besar yang pertama dianjurkan, sekali gus membuktikan kepentingan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta dalam memulihkan serta melindungi satu daripada ekosistem semula jadi.

Syaiful Azmen berkata program berkenaan turut diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Bakau Sedunia dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Selangor dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Beliau berkata lebih 1,600 peserta telah menyertai program pembersihan mega itu dan ia secara rasmi mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian “Penyertaan Tertinggi Dalam Satu Program Pembersihan Hutan Paya Bakau”.

 
Back
Top
Log in Register