Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,877
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,877
- Reaction score
- 290
- Points
- 146
Pengusaha sabut kelapa, Wan Zamri Wan Ya, menunjukkan sabut kelapa yang sudah cincang bagi kegunaan pertanian ketika ditemui Bernama di kilangnya di Kampung Batu Hitam, Tanah Merah.
Bagi kebanyakan orang, sabut kelapa hanya sisa buangan yang dibakar atau dibuang, namun pesara di Kampung Batu Hitam di sini menjadikan bahan itu sebagai sumber pendapatan melalui industri pertanian moden.
Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan ketika berkhidmat di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Wan Zamri Wan Ya, 61, mengubah sabut kelapa sebagai produk media tanaman berkualiti tinggi yang mendapat permintaan menggalakkan dari seluruh Semenanjung.
Wan Zamri berkata mula mengusahakan produk berasaskan sabut kelapa hampir sembilan tahun lepas apabila melihat potensi besar bahan buangan itu dalam sektor pertanian dan tanaman hiasan.
“Sekarang saya menghasilkan dua produk utama iaitu debu sabut kelapa (cocopeat) untuk tanaman fertigasi dan sabut cincang bagi industri tanaman bunga.
“Industri ini masih kurang diceburi di Kelantan sedangkan permintaan tinggi kerana ramai pengusaha mendapatkan bekalan produk sabut kelapa dari Thailand untuk dijadikan media tanaman,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bekas penolong pegawai hal ehwal ekonomi itu berkata idea menghasilkan produk berasaskan sabut kelapa tercetus untuk kegunaan tanaman isterinya, namun ia mendapat perhatian rakan yang turut berminat menggunakan media tanaman tersebut.
“Dari situ saya nampak peluang perniagaan ini sangat besar, khususnya di Kelantan kerana tidak ramai yang mengusahakannya secara serius,” katanya.
Wan Zamri berkata penggunaan debu sabut kelapa dan sabut cincang membantu mengekalkan kelembapan tanah selain mempunyai daya serapan air yang tinggi serta sesuai dijadikan baja organik bagi mengurangkan kos pertanian.
Lelaki itu berkata permintaan terhadap produk dihasilkannya semakin meningkat dengan bekalan sabut diperoleh daripada pengusaha kelapa tempatan.
Daripada Sisa Buangan, Sabut Kelapa Jadi Sumber Pendapatan
sabut kelapa, tanaman, pertanian, perniagaan