BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca Terik Permudah Pengeluaran, Ubi Gegeli Jadi Sumber Pendapatan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,879
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,879
Reaction score
290
Points
146
8fbd1a21dd295574bf494db0b3310f8669d9cc4a3fb6f

4164b0513a0d5efe810c1ad4a747571e69d9cc77a2b3d

e5e3c8351d8133a7862d45c66f08a42d69d9cc83d4eb6

Pasangan suami isteri Zulkhairul Anuar Abu Bakar (kanan), 51, dan isterinya Roselina Zakaria, 47, mengusahakan herba tradisional ubi gegeli untuk memenuhi permintaan pelanggan di Kampung Permatang Pusu, Melor baru-baru ini.

Walaupun cuaca panas yang melanda negara pada ketika ini memberikan cabaran kepada orang ramai, namun keadaan itu juga membuka peluang kepada sebahagian masyarakat untuk menambah pendapatan seharian mereka.

Ini termasuklah kepada pasangan suami isteri Zulkhairul Anuar Abu Bakar, 51, dan isterinya Roselina Zakaria, 47, di Kampung Permatang Pusu, Melor apabila permintaan terhadap herba tradisional ubi gegeli yang mereka usahakan semakin meningkat.

Zulkhairul Anuar berkata keadaan yang cuaca panas masa ini membantu mempercepat proses pengeringan ubi gegeli, sekali gus membolehkan pengeluaran dilakukan dengan lebih efisien bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Dalam cuaca panas, ubi gegeli boleh kering dalam tempoh sehari berbanding tiga hingga empat hari sebelum ini, sekali gus meningkatkan kapasiti pengeluaran.

“Permintaan terhadap batang ubi gegeli yang direbus untuk dijadikan minuman herba yang juga semakin tinggi dan menjadi sumber pendapatan utama kami,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Ubi gegeli atau nama saintifiknya Lasia spinosa ialah tumbuhan herba daripada keluarga Araceae yang lazimnya tumbuh di kawasan berpaya dan digunakan dalam perubatan tradisional.

Zulkhairul Anuar berkata pada masa ini, permintaan harian boleh mencecah sehingga 10 kilogram dan mereka mampu menjual antara 40 hingga 50 paket dijual setiap hari, selain dipasarkan melalui ejen dan pelanggan tempatan.

Beliau berkata musim kemarau turut memudahkan proses mendapatkan bahan mentah apabila kawasan berpaya menjadi kering, sekali gus memudahkan pengambilan ubi gegeli yang tumbuh liar di sekitar sawah dan parit terbiar.

 
Back
Top
Log in Register