BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tarique Rahman: Bangkit daripada hidup dalam buangan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,879
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,879
Reaction score
290
Points
146
3435633.webp

Tarique disambut sorakan penyokongnya semasa berkempen di Dhaka. - Foto AFP

DHAKA - Dalam tempoh singkat selepas hidup dalam buangan di London selama dua dekad, Tarique Rahman kini mencipta sejarah apabila bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Bangladesh susulan kemenangan besar gabungan diterajui partinya, Parti Nasional Bangladesh (BNP) pada Pilihan Raya Parlimen.

BNP dilaporkan meraih majoriti mudah pada pemilihan yang berlangsung pada 12 Februari lalu.

Keputusan itu menandakan kebangkitan politik dramatik bagi tokoh berusia 60 tahun tersebut.

Beliau meninggalkan tanah air pada 2008 atas alasan mendapatkan rawatan perubatan selepas dibebaskan selepas pentadbiran sementara disokong tentera pada masa itu melancarkan tindakan tegas terhadap rasuah.

Kepulangan beliau pada Disember lalu disambut ribuan penyokong, beberapa bulan selepas kebangkitan rakyat yang digerakkan golongan muda menggulingkan seteru politik utama BNP, Sheikh Hasina daripada Parti Liga pada Ogos 2024 yang kini kini hidup dalam buangan di New Delhi.

Keluarga berpengaruh

Tarique bukan asing dalam landskap politik Bangladesh. Beliau merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia dan bekas Presiden, Ziaur Rahman, tokoh penting kemerdekaan negara itu yang memerintah dari 1977 hingga 1981 sebelum dibunuh dalam insiden kudeta.

Ketika berkempen, beliau berjanji menstruktur semula dasar luar negara dengan pendekatan lebih seimbang bagi menarik pelaburan asing tanpa terlalu bergantung kepada mana-mana kuasa besar.

Pendekatan itu dilihat berbeza berbanding pentadbiran Hasina yang sebelum ini dianggap mempunyai hubungan rapat dengan India.

Beberapa agenda utama yang diketengahkan termasuk memperluas bantuan kewangan kepada golongan miskin, mempelbagaikan ekonomi dengan mengurangkan kebergantungan terhadap industri pakaian serta memperkenalkan had dua penggal atau maksimum 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri bagi mengelakkan kecenderungan autoritarian.

Menerusi wawancara bersama Reuters, Tarique menegaskan fokus utamanya adalah memulihkan demokrasi dan memperkukuh institusi negara.

Menurutnya, hanya melalui amalan demokrasi dan akauntabiliti, Dhaka mampu dibangunkan semula secara mampan.

Terpalit tuduhan rasuah

Sepanjang pemerintahan Hasina, beliau berdepan pelbagai tuduhan rasuah dan pada 2018 pernah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup berhubung serangan bom tangan pada 2004.

Namun, beliau menegaskan pertuduhan itu bermotifkan politik dan kini dibebaskan daripada pelbagai dakwaan selepas perubahan kerajaan.

Pemerhati politik melihat kemenangan BNP sebagai isyarat jelas bahawa rakyat Bangladesh mahukan perubahan kepimpinan dan pendekatan pentadbiran yang lebih inklusif selepas tempoh politik yang tegang sejak beberapa tahun lalu.

Kadar penglibatan pengundi yang tinggi terutamanya golongan muda turut mencerminkan minat mendalam rakyat terhadap hala tuju baharu negara itu.

Cabaran pentadbiran

Bagaimanapun, cabaran besar menanti pentadbiran baharu termasuk memulihkan keyakinan pelabur asing, menstabilkan ekonomi domestik serta memastikan proses peralihan kuasa berjalan lancar tanpa ketegangan politik.

Isu kos sara hidup dan peluang pekerjaan juga dijangka menjadi keutamaan segera kerajaan baharu.

Sekiranya pelantikannya dimuktamadkan, Tarique bakal memikul tanggungjawab berat untuk membuktikan komitmennya terhadap reformasi institusi dan amalan demokrasi, sekali gus menandakan fasa baharu dalam sejarah politik Bangladesh.- Agensi

Kalau tengok seimbas lalu, muka dia macam takiyuddin.
 
Back
Top
Log in Register