BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Bangladesh Tarique Rahman Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PM Bangladesh Tarique Rahman Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi​

3fe545b1922c14dc81fd05c2ef8dd4ca6a37e852eadbb

a185e10fb60536cdd53cd811514612256a37e873aafa0

4bbbbdab8803c9bfe4fa43a1ab2382736a37e8a916b28


Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman tiba di Malaysia hari ini bagi mengadakan lawatan rasmi selama dua hari dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat antara kedua-dua negara, selain memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.

Lawatan atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan lawatan rasmi dua hala pertama Tarique ke luar negara sejak menyandang jawatan pada Februari 2026.

Pesawat komersial yang membawa Tarique bersama isterinya Dr Zubaida Rahman, Menteri Luar Dr Khalilur Rahman, serta anggota delegasi mendarat di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.33 malam.

Ketibaan beliau disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Sebaik tiba, Tarique memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Upacara), diketuai Kapten Mohd Masrur Hidayat Masri di Kompleks Bunga Raya di KLIA.

Esok, Tarique dijadual diberikan sambutan rasmi sebelum mengadakan mesyuarat dua hala bersama Anwar di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya.

Kedua-dua pemimpin dijangka menilai perkembangan hubungan dua hala Malaysia-Bangladesh serta meneroka peluang untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor strategik termasuk perdagangan dan pelaburan, pengurusan sumber manusia, industri semikonduktor, tenaga, pertanian serta pendidikan.

Mereka juga dijadual menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama kebudayaan, selain dua pertukaran nota (EoN) dalam bidang penyelidikan antikeganasan serta promosi dan pemudahcaraan pelaburan.

Bangladesh kini merupakan rakan dagang ke-28 terbesar Malaysia di peringkat global dengan jumlah dagangan bernilai RM12.18 bilion, selain menjadi rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Asia Selatan selepas India.

 
Back
Top
Log in Register