BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Thailand Tiba Untuk Mulakan Lawatan Rasmi Dua Hari Ke Malaysia

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

PM Thailand Tiba Untuk Mulakan Lawatan Rasmi Dua Hari Ke Malaysia​

2d66b71d00f758f35d6395fa499066b66a4f1ab50a50a

7ba8ab9448bde1bee47d9a779a089ef06a4f1c4b74ba5

0c9622cb50e40de29f6375e17c45847f6a4f1c22a11c6

Perdan Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan isteri, Thananon Niramit disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika tiba bagi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya hari ini.
Turut mengiringi Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesawat khas yang membawa Anutin dan isterinya Thananon Charnvirakul, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 11.11 pagi.

Ketibaan mereka disambut Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, yang juga menteri pengiring sepanjang lawatan itu.

Sejurus tiba, Anutin memeriksa barisan kawalan kehormatan yang dianggotai 34 anggota dan pegawai daripada  Batalion Pertama  Rejimen Ranjer Diraja, diketuai  Mejar Nur Addeen Mustaza.

Ini merupakan lawatan pertama Anutin ke Malaysia sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada Mac 2026. Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang erat antara kedua-dua negara dan mempererat kerjasama dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Anutin dijadual mengadakan mesyuarat dengan Anwar di Perdana Putra, dan kedua-dua pemimpin dijangka menilai perkembangan hubungan dua hala Malaysia-Thailand.

Kedua-dua pemimpin akan turut menyaksikan majlis penandatanganan dan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam bidang pertanian, yang mencerminkan komitmen Malaysia-Thailand untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor tersebut.

Anwar juga akan menganjurkan majlis makan tengah hari bagi meraikan Anutin dan delegasinya di Kompleks Seri Perdana.

 
Back
Top
Log in Register