BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pm Bangladesh Tarique Akhiri Lawatan Ke Malaysia, Berlepas Ke China

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Pm Bangladesh Tarique Akhiri Lawatan Ke Malaysia, Berlepas Ke China​

1d22b5c7140d2a961cc89bb1fbf810246a39088754ff8

91055c7d0e1d30a025fe47b28c25502c6a3908af2fdad

Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman (kiri) dan isteri Dr Zubaida Rahman berlepas pulang dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah menamatkan Lawatan Rasmi dua hari ke Malaysia.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman berlepas ke China hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

Pesawat khas yang membawa Tarique dan delegasinya berlepas dari Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Beliau diberikan istiadat pelepasan rasmi yang turut melibatkan kawalan kehormatan terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja sebelum berlepas pada 5 petang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, hadir mengucapkan selamat jalan kepada Tarique, isterinya Dr Zubaida Rahman serta delegasi Bangladesh.

Terdahulu hari ini, Tarique dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan menyentuh isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama dalam mesyuarat dua hala di Kompleks Perdana Putra.

Kedua-dua pemimpin turut meneroka peluang untuk memperkukuh lagi kerjasama dalam sektor utama termasuk perdagangan dan pelaburan, pengurusan sumber manusia, semikonduktor, tenaga, pertanian dan pendidikan.

Selepas mesyuarat itu, Tarique dan Anwar turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Kebudayaan, serta dua Pertukaran Nota (EoN) dalam bidang Penyelidikan Antikeganasan serta Promosi dan Pemudahcaraan Pelaburan.

Antara komitmen yang dicapai semasa lawatan itu ialah keperluan untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala melalui pelaksanaan segera Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) serta peningkatan kerjasama dalam sektor pertumbuhan utama, termasuk tenaga dan industri halal.

Tarique turut mengulangi aspirasi Bangladesh untuk menjadi Rakan Dialog Sektoral ASEAN serta hasrat negara itu untuk menyertai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

 
Back
Top
Log in Register