combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,141
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,141
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Timbalan PM Belgium Berlepas Pulang Selepas Lawatan Ke Malaysia
Timbalan Perdana Menteri Belgium merangkap Menteri Luar, Hal Ehwal Eropah dan Kerjasama Pembangunan, Maxime Prévot (tengah) berlepas pulang selepas menamatkan lawatan kerja dua hari ke Malaysia di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Timbalan Perdana Menteri Belgium merangkap Menteri Luar, Hal Ehwal Eropah dan Kerjasama Pembangunan, Maxime Prévot berlepas pulang malam ini selepas menamatkan lawatan kerja dua hari ke Malaysia.
Prévot dan delegasinya berlepas dari Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki penerbangan komersial ke Singapura pada 8.40 malam.
Sebelum berlepas, beliau menyatakan keyakinan bahawa Malaysia dan Belgium akan terus menikmati kerjasama yang kukuh serta hubungan ekonomi yang erat.
“Saya yakin kita akan dapat meraikan hubungan perkongsian yang kukuh antara negara kita pada tahun-tahun mendatang, dengan memberi tumpuan kepada kerjasama, hubungan ekonomi serta hubungan dua hala,” katanya kepada pemberita di sini.
Lawatan sulung beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Februari 2025 itu menyaksikan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof bagi menilai perkembangan hubungan dua hala.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak membincangkan usaha memperkukuh hubungan Malaysia–Belgium melalui kerjasama kerajaan dengan kerajaan (G2G), perniagaan dengan perniagaan (B2B) serta hubungan rakyat dengan rakyat (P2P).
Prévot turut menyatakan komitmen Belgium untuk mempertingkatkan perdagangan dua hala serta menyemak semula nasihat perjalanan negaranya ke Sabah bagi menilai status semasa.
Kedua-dua pemimpin turut meneroka peluang kerjasama dalam ekosistem halal serta peralihan tenaga.
Malaysia dalam pada itu memberi jaminan kepada Belgium bahawa laluan maritim di Laut China Selatan kekal terbuka, selain ASEAN komited mengekalkan keamanan, pendirian berkecuali dan akses terbuka di rantau berkenaan susulan kebimbangan terhadap gangguan perkapalan global yang semakin meningkat.