Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
PM Thailand Tiba Untuk Mulakan Lawatan Rasmi Dua Hari Ke Malaysia
Perdan Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan isteri, Thananon Niramit disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika tiba bagi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya hari ini.
Turut mengiringi Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesawat khas yang membawa Anutin dan isterinya Thananon Charnvirakul, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 11.11 pagi.
Ketibaan mereka disambut Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hadir sama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, yang juga menteri pengiring sepanjang lawatan itu.
Sejurus tiba, Anutin memeriksa barisan kawalan kehormatan yang dianggotai 34 anggota dan pegawai daripada Batalion Pertama Rejimen Ranjer Diraja, diketuai Mejar Nur Addeen Mustaza.
Ini merupakan lawatan pertama Anutin ke Malaysia sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada Mac 2026. Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang erat antara kedua-dua negara dan mempererat kerjasama dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama.
Menurut kenyataan Wisma Putra, Anutin dijadual mengadakan mesyuarat dengan Anwar di Perdana Putra, dan kedua-dua pemimpin dijangka menilai perkembangan hubungan dua hala Malaysia-Thailand.
Kedua-dua pemimpin akan turut menyaksikan majlis penandatanganan dan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam bidang pertanian, yang mencerminkan komitmen Malaysia-Thailand untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor tersebut.
Anwar juga akan menganjurkan majlis makan tengah hari bagi meraikan Anutin dan delegasinya di Kompleks Seri Perdana.