BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak 11 tahun diperkosa, dicampak hidup-hidup dalam kolam

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Budak 11 tahun diperkosa, dicampak hidup-hidup dalam kolam​

3574931.webp

Mangsa yang berusia 11 tahun dilaporkan hilang pada Sabtu selepas keluar dari rumahnya di South 24 Parganas, Baruipur untuk membeli hadiah hari jadi buat seorang rakan. Foto hiasan

KOLKATA - Seorang kanak-kanak perempuan diperkosa sebelum tubuhnya disumbat di dalam guni dan dicampakkan hidup-hidup ke dalam sebuah kolam.

Kejadian serangan seksual mangsa bawah umur sekali lagi menggemparkan India pada akhir minggu lalu.

Mangsa yang berusia 11 tahun dilaporkan hilang pada Sabtu selepas keluar dari rumahnya di South 24 Parganas, Baruipur untuk membeli hadiah hari jadi buat seorang rakan.

Keluarganya kemudian membuat laporan kehilangan kepada polis sebelum mayat mangsa ditemukan dalam keadaan menyayat hati sehari selepas itu.

Sejurus selepas penemuan mayat itu, sekumpulan orang ramai membelasah seorang lelaki hingga maut kerana mengesyaki penglibatannya dalam kes rogol dan pembunuhan mangsa.

Jurucakap pihak berkuasa pada Isnin memaklumkan laporan awal bedah siasat menunjukkan terdapat kesan kecederaan pada bahagian sulit mangsa selain kesan calar dan gigitan di beberapa bahagian tubuhnya.

"Hasil siasatan lanjut mendapati pendarahan berlebihan akibat kecederaan di kepala dan lemas menjadi punca kematiannya," ujarnya.

Polis telah menahan suspek utama dalam kes itu, sekali gus menjadikan jumlah tangkapan setakat ini berjumlah tiga orang.

"Kami sedang meneliti semua petunjuk yang ada. Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV), bukti forensik dan keterangan saksi. Mereka yang terlibat akan dikenal pasti dan ditahan secepat mungkin," jelasnya lagi. - Agensi

 
dah agak negara mana....kat sini pun ada puak2 nie...hati2 laa genetik yg sama
 
Back
Top
Log in Register