BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita dicampak keluar selepas diperkosa bergilir-gilir dalam bas

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80

Wanita dicampak keluar selepas diperkosa bergilir-gilir dalam bas​

3520820.webp

Bas yang tidak mengikut spesifikasi keselamatan ditetapkan turut disita pihak berkuasa. Foto: Agensi

NEW DELHI - Seorang wanita menjadi mangsa kerakusan nafsu pemandu dan konduktor bas dalam kejadian serangan seksual terbaharu yang menggemparkan India.

Pihak berkuasa pada Khamis memaklumkan mereka menerima aduan mangsa yang diperkosa bergilir-gilir ketika kejadian pada akhir minggu lalu.

"Siasatan lanjut telah dilancarkan memandangkan kedua-dua pelaku telah diberkas.

"Ketika insiden itu, mangsa baru pulang dari kerja di kilang. Dia dihampiri salah seorang suspek berhampiran perhentian bas di Saraswati Vihar yang berpura-pura bertanyakan tentang masa waktu itu.

"Pelaku kemudiannya mengheret mangsa ke dalam bas dan mencampaknya keluar selepas dirogol," kata jurucakap polis di New Delhi.

Pihak berkuasa turut mengumpulkan bukti di dalam bas tersebut yang bercermin gelap tidak mengikut spesifikasi ditetapkan selain tidak mempunyai pintu kecemasan.

Identiti mangsa tidak didedahkan untuk melindunginya. - Agensi

 
ini spesis yg sama dlm negara kita nak blame kata kita haruan mkn anak...dia lg teruk...klu laa polis negara kita tak kuat mampuii dia kita anak2 gadis kita
 
Back
Top
Log in Register