BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Loji Pengurusan Sisa Buangan Di Kuching Terbakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
1c6bb21d88cd5c6a4f5c8c00574fbf486966531ed6003

Kredit: JBPM Sarawak

Sebuah loji pengurusan sisa buangan di Jalan Mambong, di sini terbakar hampir 95 peratus petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan kebakaran pada 2.28 petang dan kejadian melibatkan loji berkeluasan kira-kira 150 x 200 kaki.

“Kebakaran dipercayai berpunca dari luar kawasan loji sebelum merebak ke bahagian dalam bangunan.

“Komander operasi mengesahkan kehadiran tiga bahan kimia berisiko tinggi di lokasi kejadian, iaitu asid nitrik, asid propionik dan ammonium sulfat yang memerlukan kawalan keselamatan ketat sepanjang operasi.

“Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) telah digerakkan bagi memberikan bantuan kepakaran khusus,” menurut kenyataan itu.

PGO memaklumkan pemantauan turut dijalankan dari udara dengan menggunakan dron bagi menilai tahap kebakaran serta membantu perancangan taktikal di lapangan.

“Setakat 6.40 petang, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dan kerja pemeriksaan lanjut masih diteruskan bagi memastikan tiada bahaya susulan,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register