Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,769
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,769
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Pulau Burung Terbakar
Kredit: JBPM
Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Pulau Burung di sini terbakar malam tadi membabitkan kawasan seluas kira-kira 1,003 meter persegi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 11.36 malam, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal terus ke lokasi.
"Kebakaran itu berjaya dikawal pada 12.30 tengah malam tadi, namun sehingga 7.30 pagi ini kerja-kerja overhaul masih dijalankan bagi memastikan api dipadam sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi pemadaman dibahagikan kepada dua sektor, iaitu sektor A yang dikendalikan BBP Sungai Bakap dan sektor B oleh BBP Nibong Tebal.
“Setakat ini pemadaman di sektor A masih berbaki kira-kira 40 peratus, manakala sektor B sebanyak 50 peratus,” katanya.
Beliau berkata operasi itu turut mendapat bantuan BBP Bandar Perda dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Valdor, PBS Permatang Tinggi dan PBS Nibong Tebal serta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).