BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung Terbakar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
a8bb27b455ae5f047fbd81f374befcc368d206afe148e

Kredit : JBPM Pulau Pinang

Tapak pelupusan sampah Pulau Burung di sini, terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.39 pagi sebelum menggerakkan sepasukan tujuh anggota bersama tiga jentera ke lokasi bagi memadam kebakaran.

“Kebakaran melibatkan longgokan sampah di kawasan tapak pelupusan sampah terbabit dengan anggaran keluasan semasa sekitar 100 x 50 meter persegi (mps),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata ketika ini, usaha memadam dan mengawal kebakaran masih giat dilakukan bagi mengelak ia merebak, dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

 
Back
Top
Log in Register