BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPKT Sasar Lebih 1,000 Pusat Beli-belah Sedia Fasiliti Kitar Semula Menjelang Akhir Tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPKT Sasar Lebih 1,000 Pusat Beli-belah Sedia Fasiliti Kitar Semula Menjelang Akhir Tahun​

4ac6f4f772374cde15a1e9d707e5dbf56a23e5de19fc4

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming

Lebih 1,000 pusat beli-belah di seluruh negara akan dilengkapi dengan Fasiliti Pengitaran Semula (FPS) menjelang akhir tahun ini susulan keputusan Jemaah Menteri untuk mewajibkan penyediaan kemudahan itu sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pengurusan sisa pepejal dan mempercepat peralihan negara ke arah ekonomi kitaran.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada 5 Jun lepas itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam melaksanakan reformasi pengurusan sisa yang lebih progresif, mampan dan berimpak tinggi.

Beliau berkata kerajaan tidak lagi melihat sisa sebagai beban semata-mata, sebaliknya sebagai sumber yang mempunyai nilai ekonomi dan berpotensi menyumbang kepada pembangunan negara.

"Langkah mewajibkan fasiliti kitar semula di pusat beli-belah sebagai syarat lesen perniagaan akan memudahkan urusan rakyat serta memperkasakan agenda kemampanan negara.

"Matlamat KPKT ialah menjadikan kitar semula semudah membeli-belah. Dengan kemudahan ini, pengguna dan peniaga dapat mengasingkan serta menghantar bahan kitar semula dengan lebih mudah dan dekat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nga berkata inisiatif itu bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, malah turut menyokong pembangunan ekonomi kitaran dan membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata pelaksanaan inisiatif itu akan dilaksanakan secara berperingkat menerusi empat fasa utama bermula bulan ini bagi memastikan keberkesanan dan kemampanannya.

Fasa pertama memberikan tumpuan kepada proses kelulusan, advokasi, pendaftaran sukarela dan sesi libat urus bersama-sama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pemain industri selain mempergiat program kesedaran awam mengenai amalan kitar semula.

Fasa kedua yang dijadualkan berlangsung dari Januari hingga Jun 2027 melibatkan pelaksanaan projek rintis di beberapa PBT terpilih serta pindaan undang-undang kecil bagi menguji sistem, menilai keperluan infrastruktur dan tahap penerimaan pengguna sebelum diperluas ke seluruh negara.

 
Back
Top
Log in Register