BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Cuci Malaysia 2026: KPKT Sasar 200,000 Peserta, Kutip 28 Tan Barang Kitar Semula

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Hari Cuci Malaysia 2026: KPKT Sasar 200,000 Peserta, Kutip 28 Tan Barang Kitar Semula​

d87ca66aa9a7c03b6674cb66b45e56d66aa10796dfe0c

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menaiki kenderaan selepas sidang media sempena Pra-Pelancaran Hari Cuci Malaysia Tahun 2026 di Pasar Tani, Presint 4 hari ini.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan penyertaan 200,000 rakyat dan mengumpulkan 28 tan barangan kitar semula bersempena dengan Hari Cuci Malaysia (HCM) 2026.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kedua-dua sasaran itu ditetapkan bagi mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records menerusi sambutan yang akan diadakan secara serentak di seluruh negara pada 25 Sept ini.

Beliau berkata bagi memperluas penyertaan tahun ini, KPKT menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi mengiktiraf penyertaan murid  dari 10,000 sekolah dalam HCM sebagai satu daripada aktiviti di bawah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

"Penglibatan generasi muda merupakan antara pendekatan penting dalam usaha membentuk budaya kebersihan sebagai amalan dan tanggungjawab bersama," katanya pada sidang media prapelancaran acara itu di sini hari ini.

Nga berkata HCM tahun ini turut mendapat sokongan 21 rakan strategik terdiri daripada syarikat sektor pembersihan, persatuan industri, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat multinasional, syarikat peruncitan serta pertubuhan bukan kerajaan.

Beliau berkata program itu semakin penting berikutan penjanaan sisa pepejal negara yang terus meningkat, dengan Malaysia merekodkan sebanyak 14.5 juta tan sisa pada 2024 dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 17 juta tan menjelang 2035.

"Persekitaran yang bersih bukan saja mencerminkan imej dan tahap kemajuan negara, malah ia berkait rapat dengan kesihatan awam, kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar," katanya.

Sambutan HCM Peringkat Kebangsaan 2026 dijadualkan berlangsung pada 26 Sept ini di Pasar Taman Seri Gombak, Batu Caves.

Pelbagai pengisian akan diadakan termasuk aktiviti pembersihan kawasan awam, kitar semula, pameran dan program kesedaran bersama komuniti.

 
Back
Top
Log in Register