BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam Nelayan Asing Sanggup Terjun Sungai Elak Pemeriksaan Pihak BerkuasaÂ

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,697
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,697
Reaction score
97
Points
80

Enam Nelayan Asing Sanggup Terjun Sungai Elak Pemeriksaan Pihak BerkuasaÂ​

94684410ffe14b999807389b02c262176a2b68b5ea778

dc49674ecc8865881a1e95cd341033be6a2b68aadcf6d

Seorang warga asing bertindak terjun di dalam sungai bagi mengelak pemeriksaan anggota penguatkuasa ketika operasi bersepadu di perkampungan nelayan Bagan Nakhoda Omar awal pagi tadi.

Enam nelayan warga asing sanggup terjun ke dalam sungai, malah ada yang berendam hampir sejam bagi mengelak pemeriksaan pihak berkuasa dalam serbuan di perkampungan nelayan Bagan Nakhoda Omar di sini, awal pagi tadi.

Mereka merupakan antara 79 pendatang asing yang ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor.

Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata operasi yang bermula pada petang semalam itu turut melibatkan tindakan penguatkuasaan di daerah Kuala Selangor dan membabitkan pemeriksaan terhadap 125 individu.

Beliau berkata operasi di kawasan perairan serta pesisir pantai Bagan Nakhoda Omar itu dilaksanakan susulan lokasi berkenaan dikenal pasti sebagai antara kawasan tumpuan aktiviti penyeludupan migran dan pelbagai kesalahan jenayah rentas sempadan.

Mohd Zaini berkata antara kesalahan yang dikesan ialah menggaji dan melindungi warga asing tanpa dokumen sah, tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan, menyalahgunakan pas lawatan serta memasuki negara melalui laluan yang tidak sah.

“Kesemua yang ditahan berumur antara 18 hingga 60 tahun, melibatkan 69 lelaki dan 10 perempuan.

“Bagi tangkapan polis, kita telah menahan sebanyak tujuh lelaki warganegara tempatan disyaki berperanan sebagai tekong dan 28 warganegara asing yang dikesan masuk melalui laluan tidak sah di perairan Sabak Bernam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Zaini berkata operasi yang melibatkan lapan agensi keselamatan dan penguatkuasaan peringkat negeri itu turut berperanan mengenal pasti modus operandi pendatang asing selain pihak yang dipercayai mendalangi aktiviti membawa masuk warga asing di perairan Selangor.

“Perlindungan dan keselamatan mereka ini agak sistematik, ada beberapa lapisan keselamatan untuk menentukan yang dia peka dengan kedatangan pihak kita, perkara itu saya tidak boleh perincikan, tetapi kita dah nampak cara mereka melindungi kawasan mereka.

 
Back
Top
Log in Register