combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Wanita Warga Asing Ditahan, Syabu Dirampas Selepas Kenderaan Lari Pemeriksaan Polis
ACP Naazron Abdul Yusof
Seorang wanita warga asing ditahan selepas polis merampas tiga paket plastik lut sinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 2.13 gram dalam kenderaan dinaikinya di Jalan Reko, Kajang dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata wanita itu ditahan selepas Honda City berwarna putih yang dinaikinya bersama dengan seorang lelaki warga asing bertindak lari daripada pemeriksaan polis pada 6.15 petang.
Beliau berkata anggota Unit Kereta Peronda Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mengarahkan kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan namun pemandu lelaki berkenaan enggan mematuhi arahan sebelum melarikan diri ke arah Semenyih.
“Kenderaan itu kemudiannya memasuki Lebuhraya SILK (Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang) menuju ke Jalan Reko dan dipercayai dipandu secara berbahaya sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan awam.
“Polis berjaya menahan kenderaan berkenaan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Reko. Bagaimanapun, pemandu lelaki berjaya melarikan diri manakala seorang wanita yang berada di tempat duduk penumpang hadapan berjaya ditahan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Naazron berkata hasil pemeriksaan menemukan paket plastik berkenaan manakala kenderaan itu dirampas bagi membantu siasatan.
Beliau berkata wanita itu juga gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan telah direman empat hari bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
“Siasatan berkaitan kemalangan jalan raya turut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.