BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amang Seksual Kanak-kanak: Doktor Pakar Dipenjara Tujuh Tahun, Tujuh Sebatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Amang Seksual Kanak-kanak: Doktor Pakar Dipenjara Tujuh Tahun, Tujuh Sebatan​

ad09e8b86e2b2da8f6bee97726b764185e3a411dec1cf


Seorang doktor pakar otorinolaringologi (ENT) di sebuah hospital swasta dihukum penjara tujuh tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pesakit kanak-kanak lelaki pada 2022 dan 2023.

Hakim Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Safwan Mohd Soffian, 42, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan di akhir kes pembelaan.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan serta perintah pengawasan polis selama dua tahun bagi setiap pertuduhan pertama hingga keenam manakala bagi pertuduhan terakhir, penjara tujuh tahun dengan satu sebatan serta dua tahun pengawasan polis.

Kesemua hukuman penjara diarahkan berjalan serentak bermula hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didapati melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki yang ketika kejadian berusia 11 dan 12 tahun di bilik konsultasi di sebuah hospital swasta di sini pada September, Oktober dan November 2022 serta April 2023.

Pertuduhan pertama hingga keenam dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 manakala pertuduhan ketujuh di bawah Seksyen 14(d) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad dan Nur Azhani Azman manakala Mohd Safwan diwakili peguam Ahmad Kamal Abu Bakar, Arik Zakri Abdul Kadir dan Ahmad Fairuz Jusoh.

 
Back
Top
Log in Register